Pages

My Blog List

Sunday, August 4, 2013

Holiday Puasa Raya di LANGKAWI

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan. Beberapa je hari lagi nak menyambut Hari Raya Aildilfitri. Elisa dan Family pun sibuk jugak, bukan sibuk buat persiapan raya, tapi sibuk packaging untuk berholiday! Hahah.

Destination for this year, Langkawi! Yeahh. So my flight today memang after subuh. Jadi pukul 3 sudah dok bangun sahur bagai semua. Nasib baik kitorang stay rumah my aunty kat Seremban. So tak da la jauh untuk pergi ke LCCT tu ha. Dalam setengah jam dah sampai. Alhamdulillah. Yeahh, here we gooo!









After half an hour dalam flight lebih kurang pukul 8, kitorang dah selamat sampai. Mulanya plan taknak ambil kereta sewa untuk hari ni. Tapi rezeki ada abang tu bagi best price. So kitorang ambil lah viva. 

Haa, for today, cari dok cari hotel. Dapat hotel biasa. Okay, my mom kata Chill dulu for the first day. After next day baru kita search hotel yang okay sebab sibuk nak berjalan je, kalau hotel pun untuk tumpang tidur. Kitorang plan untuk stay kat Kuah. Memang best lah kan. 

Bila plan dan sibuk plan sampai tertidur-tidur I kat belakang, kitorang plan untuk terus pergi ke Cable Car. Haa, Chill tak chill. I dah selalu dah naik, ehh poyo je kan ayat. Bukan selalu, tapi dah berapa kali dah naik. So just adik-adik I yang belum naik lagi. Haa, hamekk kau. Punya lah keras dok dalam tu. Hahah. Tadi kemain lagi cakap besau. I pun tunjuklah kehebatan yang steady gila kann.

Masa pergi dulu, tak ingat lah tiket berapa. Tapi, sekarang dah Rm15 per person. Half Price than foreigner. Sebut pasal foreigner, nak share sikit, bila dah di puncak kat CableCar tu, Elisa and my bro bro berjalan sementara my mom and my dad sibuk dok bersantai tidur. Hahah. Orang berjalan, diorang boleh suka-suka leparking kat port untuk tidur. Letihh maybe. Masa tengah jalan-jalan tu la I ni suka ambil gambar kan so terpecahbelah dengan my bro bro yang sibuk dok mengusha foreigner tanpa kelip mata memandang. Hahah. Taste giloss punya high class adik adik aku nihh. Haa, masa ni lah akak diorang di 'usha' dengan sorang mamat Perancis. Haihh. Dia dok la pandangg je I. Masa tu I just boleh bagi senyuman yang paling manis. Hahah. Seriously siapa pun akan perasan dengan cara dia. Nak kata handsome, gila tak handsome? Perancis kot. Cuma, dia tak berapa nak tinggi. Maybe just standard je lah kot. Dia dok pandang I sambil cakap perancis dengan kawan dia. Haa, mengumpat me lewteww. Ingatkan dia saja lah buat macam tu. Foreigner right. Tapi, benda tu tak berakhir disitu bila dia follow me je. Mulanya rasa takda apa. Sebab kebetulan kot. Sebab tu I buat endah tak endah then pergi cari my adiks. Jalan dengan diorang. Lastly baru perasan bila adik cakap he's interested with me. For friends only maybe. Tapi I pun satu, lembab. Masa I dengan adik-adik, dia macam ingat mungkin my bf kot sebab tengok la adik I dah macam Abang I then dia pun pergi kat dua orang perempuan ni. Her girlfriend maybe? Hee. Haa. Before dia balik tu, dia sempat toleh aku berapa kali and for the last time, dia senyum lebar yang penuh makna! Woww. Melting kejap. He's look so adorable. Dok cerita kat mama, mama punya lah cakap, "awat tak beramah mesra? Kan boleh dijadikan kawan. Ishh." Aku just jawab, "dah ada awek kot." Pastu mama jawab, "Entah-entah dia pun macam akak dengan Ibad, adik beradik. Apelah. Kalau ada awek pun, tak salah untuk berkawan right?" Masa tu rugi pulak rasa terlalu jual mahal. Hahaha. Okayy, dah habis cerita. Haa, kalau pergi Langkawi, harus pergi ke CableCar k? Memang interesting and enjoyable giloss lahh. Letss layan gambar kitorang todayy ;)











Friday, July 12, 2013

Background Music pun boleh jadi isu? Be Mine~

Vroom vroomm vroommm. 

Salam Petang. Yeah, baru tadi Elisa post tentang budak couple seminggu tu kat Fb, ada rakan-rakan terus IM. Alhamdulillah, they give a postive responses. Tapi yang tak tahan tu, ada pulak isu background music. ErrErr. Perlukan penjelasan ke ? Heww

Berikut adalah pertanyaan-pertanyaan dari beberapa friendlist Elisa:

"Awat hang pakai lagu tu? Bukan sebelum ni lagu korea ke?"

"Ehem, macam kenal je lagu tu? Cinta lama berputik kembali ke?"

"Akak pernah bercinta di Facebook eh?"

Okay enough! Tu je yang Elisa sempat copy. Ada banyak soalan dari orang yang sama. Taktahu nak jawab apa. Sebenarnyaa.....

Elisa tak tahu nak letak lagu apa. Nak cari soft music sebenarnya. Yang hanya music. Macam kat spa tu. Huuu. Memang betul lah lagu ni ada kena mengena sebelum ni, tapii bukan Cinta di Facebook, ini Cinta Pandang Pertama dan seterusnya di bawa ke Facebook. Waa.. Hahahaha. Cerita lama tidak perlu diungkit kembali. Malas nak ingat. Sedeyyy ! 

Eh, eh dah Asar lah. Apa kata kita Asar dulu dan lepastu mencari juadah untuk berbuka puasa ? Jom jom ! Selamat berbuka puasa :)






Thursday, July 11, 2013

Budak Couple Seminggu ?

Assalammualaikum :)

Waa sebelum terlambat, Elisa nak ucapkan Salam Ramdhan Al-Mubarak untuk rakan-rakan sekalian. Hari ni dah hampir genap kita berpuasa selama 3 hari di bulan Ramadhan. Alhamdulillah.

Sebenarnya Elisa malas nak update new entry for my blog untuk beberapa minggu ni sebab fokus on my MUET. (Cehh, fokus lah sangat kan) ~
Tapi Elisa tergerak nak post something news about video yang menggegarkan dunia kita beberapa hari ni. Ya ya, tengok tajuk pun dah tahu kan. Hee

Sebenarnya Elisa tertarik dengan kisah budak dua orang ni. Tertarik not means Elisa setuju dengan apa yang diorang buat tau. Haa sebelum tu, mari kita kenalkan tuan umpanya cerita cinta ni. Mereka adalah Puteri Awani dan juga Huzairie Yahya. Eh, betul ke nama mamat tu ? Maaf, tak ada masa nak stalker lama-lama.

Video cinta antara Puteri Awani dan Huzairie Yahya pun sudah tersebar luas di Malaysia. Ada yang memberi komen positif dan negatif. Tapi bagi Elisa, lantaq pi lah depa nak buat apa, yang hangpa semua sibuk dok kutuk-kutuk bebudak tu pasai pa ? Haa, kan dah terkeluar loghat penang campuran tu.

Erm not bad lah video tu kann, so sweet bagi yang tengah hangat bercinta. Elisa yang single ni pun tengok, okayy laa kann. Cuma cara Puteri Awani yang salah. Tak salah nak buat video couple berapa hari pun dik, but better make it private. Biar korang berdua je tengok dik oi lagi sweet. Tapi, ada Elisa dengar cerita, bukan budak ni yang publish kan, tapi ada orang lain. Sapa la yang dengki tu kann. Tapi Elisa tak tahu la cerita yang mana satu yang betul. Allahualam.

Yang Elisa seronoknya dengar cara budak Awani bercakap, sedap suara dia. Lunak. Boleh jadi pengacara Nona. Ehh tetibe pulak aku niii. Tapi kalau tak percaya meh layan sat video budak cute miut ni :)



This is my opinion, cerita bebudak, tak payah lah kita yang besau tua bangka ni nak masuk campur, yang terkejut nya, semua komen negatif dan hok kutuk-kutuk tu majoriti dewasa. Laa, dah matang pun semua. Patutnya bagi komen yang membina, bukan yang menjatuhkan budak tu lagi. So, fikir lah seperti orang dewasa ya you ollss. 

Thursday, June 6, 2013

Wujud kembali. I'm Back !

Dah lama tak update blog ni lepas buang segala entry yang tak berkenaan. Bersawang! Makin tak update, makin banyak cerita menarik yang Elisa ingin kongsikan. 

Model Lipstik :)

Huh, lupa pulak. I got a Good News, Elisa sudah habis belajar ! Finally after 3 years I'm officially have Diploma in Secretarial Science at Port Dickson Polytechnic. Bersyukur tak terhingga bila check my result. Pointer still maintain 3.5 and above since Semester 1 until 6. Berapa tu tak perlu tahu lah. Secret ! hehe.

Apa yang Elisa akan buat selepas ni adalah, ambil MUET untuk further my study to Degree. Lembap kan ambil MUET ? Ni semua salah diri sendiri. Suka lambat-lambatkan kerja. Tu lah, sayang benor dekat tarikh expired MUET tu, padahal nak terus sambung! Ishh.
So nanti tak tahu la dapat kat Universiti mana untuk my Degree pulak. Semuanya bergantung kepada rezeki. Jika ikut Impian dari kecil, memang nak further kat Sydney! Aumm. Tapi nak cari penaja tak tahu pula celah mana. Lagipun mama tak berapa selesa lagi bila Degree ni ambil kat negara orang. Takut jika emergency apa-apa tak boleh balik Malaysia. So, mama cakap, biar sudah kerja then nak sambung Master baru ambil kat sana. Sekurang-kurangnya dah ada duit sendiri dan boleh bawa diri ke negara orang. InsyaAllah.


So now, Elisa menganggur saja di rumah. Tolong mama menguruskan rumah tangga ni. Masin betul mulut orang-orang yang pernah panggil Elisa, LisaSurirumah! Now betul la, Surirumah. Tapi belum kahwin lagi tau. Bujang trang tang tang lagi. Still mencari My Mr.Right ~ hew hew